Sumpit Nuff Sampai kena!!!

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

31 May 2010

Mandi-manda!!




Sabtu 29 mei 2010..xpdc kali neh bukan cari ikan atau kisah ikan.. tapi cari kolam natural nk berendam.. hahaha!!.. aku-tunang n baper lagi la kenkwan gi cari area sempoi! nk mandi-manda.. akhirnya, terjumpa sebuah tempat yg begitu indah.. dipenuhi dengan hutan belukar.. kami melalui denai2 nk cari port clear nk berendam(mandi eh),tau tak kat mana? sure tak taukan.. haha.. lolx..zzz..kat Batu Hampar Yan Kedah Darul Aman..
kat sini la aku mandi sepuas-puas hati.. aku train berenang,berendam n mcam gi aku wat. haha!!



walaupown air tu tak la baper dalam.disebabkan aku jarang berendamkan.. aku lemas skit2 la.. malu tul aku kat budak belakang tu..zzzz
nie la hasilnya.. pinjam pelampung budak tu.. haha!!;-) tapi last2 aku berjaya menjadi seorang perenang pro gak ah...
tapi arie tu emang best la aku berendamkan.. yea ah.. asyik tgok ikan je lam air.. kekadang kena gak ah merasa suasana kesejukan ketika berada didalam air.. hehe...!!

30 May 2010

Cobia permata hati


MERSING: Ekspedisi ke Lubuk Permata Hati dengan niat menduga aruan tasik (cobia) bersaiz XL yang mendominasi perairan itu, akhirnya termakbul.


Team Tuna Biru mendapat khidmat Tekong Taib yang berpengalaman luas.
Kumpulan ini merangkumi penulis, Bakar, Mizun, Ijal, Zul dan Zorro bergerak menuju ke lubuk pertama perairan Pulau Hujung dan tiba seawal jam 3.30 pagi, pada 26 Mac lalu.
Perairan itu dihuni pelbagai spesies ikan seperti tambak, tetanda, rambai, kerapu dan kerisi merah berskala sekilogram dinaikkan dengan pancing apollo mata tiga berumpan hirisan sotong segar.

Selepas hasil tangkapan mula berkurangan, Lubuk Ketarap menjadi destinasi seterusnya memburu ikan yang enak dimasak stim ini.

Seterusnya, Tekong Taib mencuba nasib dengan bergerak ke unjam terletak antara Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil. Di situ, rezeki kami tidak menjadi. Tekong Taib bergegas bergerak ke lubuk Karang Teduh Sementara berhampiran Pulau Kapas untuk memburu sotong yang bakal digunakan sebagai umpan di lubuk rahsianya itu.

Di lokasi itu, kami berpesta sakan menaikkan sotong berkala 500 gram menggunakan gewang warna merah putih yang cukup berkesan. Penulis turut menaikkan dua ekor sotong - ini menunjukkan musim sotong di perairan ini sudah bermula.
Keasyikan mencandat terhenti seketika apabila Tekong Taib memberitahu, beliau akan bergerak ke lubuk rahsia di perairan Nipah bagi memburu spesis geropoh dan aruan tasik XL.

Selepas sejam perjalanan, akhirnya Lubuk Permata Hati menerima kunjungan kami. Burn yang tidak menunggu lama, menurunkan umpan sotong segar yang baru dicandat dan terus disambar mangsa.

Burn yang bersedia membuat sentapan kemas, membengkokkan kaki untuk melawan mangsa yang dikenal pasti ikan geropoh itu. Akhirnya, ikan berskala 5 kilogram (kg) didaratkan.

Serentak itu, penulis dan Zul mendaratkan ikan cermin manakala Ijal dan Zorro menaikkan ikan kerapu.

Sebelum geng Tuna Biru melabuhkan aktiviti memancing, joran Mizun yang terletak di bahagian belakang bot menerima asakan luar biasa. Mizun bergegas mendapatkan jorannya.

Joran Shimano enam kaki milik Mizun melengkung dengan dahsyat apabila mangsa menyedari mulutnya tertancap mata kail lalu membuat larian padu ke bawah bot.

Mizun pula bergegas menghela larian mangsa supaya bergerak ke kawasan terbuka. Ini supaya ia mudah dinaikkan dan akhirnya, aruan tasik seberat 30 kg berjaya dinaikkan.

25 May 2010

Ubah Mood Jap!!!!

Kali neh saja je nk citer sal bakal isteri aku neh..
tu yg Mood aku bertukar tu..
aiyooo!! tak lama lagi dah nk kawin..
Gementarnya aku ase biler tggu saat aku nk akad nikah...
huhu sure aku ketaq n kecut-kembung peut aku time tu..mana taknya dapan orang ramai.. gementar tu msti lebey dasat dari aku dapat ikan ketika mancing..huhu...
Kepada sahabat2 aku diluar sana kongsi skit tips2 kat aku camna nk handle perasaan gemuruh tu...dah bnyak kali aku gi skodeng orang akad nikah..
bnyak beno tok khadi soal.. kalah final exam soalanyea... hahaha!!
Weih korang suma Doa2kan aku bejaya n selamat diijab khabulkan keh!!... hehe... (ketaq pala dah)

About