Sumpit Nuff Sampai kena!!!

13 August 2011

Hikmah Air Zam Zam


Berikut merupakan senarai beberapa Hikmah Air Zamzam:

1- Air terbaik di atas muka bumi dan penyembuh penyakit ( dengan izin Allah)

Sabda Nabi s.a.w..: " Sebaik-baik air yang ada d atas muka bumi ialah air Zamzam. Terdapat di dalam nya zat makanan ( org yang meminumnya berasa kenyang ) dan menyembuh penyakit."

2- Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar al- Ghifari r.a. menceritakan mengenai kedatanganya ke Mekah bertemu Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam. Baginda bertanya kepadanya, " Sejak bila kamu berada di sini?"

Jawabnya: " Sejak 30 hari yang lalu."

" Siapa yang memberi kamu makanan?"

Jawabnya: " saya tidak punya makanan tetapi hanya minum air zamzam. Namun saya berasa semakin sihat dan tidan pernah lapar." lalu Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya Air zamzam adalah air yang diberkati. Ia mengandungi zat makanan ( dan yang meminumnya pasti merasa kenyang seperti makanan)."

3- Zamzam menyempurnakan niat peminumnya

Mafhumnya sabda Rasulullah s.a.w ,; " Air zamzm itu untuk sebarang tujuan ( niat) orang yaang meminumnya ( dengan izin Allah)."

4- Zamzam menyebabka kemajuan dan pembangunan bumi makkah.

5- Air yang terpilih untuk menyucikan hati Rasulullah s.a.w. beberapa kali.

6- Bertambah keberkatanya dengan ludahan Rasulullah s.a.w ke dalamnya.

7- Tidak pernah kering walaupun jutaan manusia telah meminumnya sejak dari zaman Ibrahim a.s. hingga kiamat.

8- Banyak meminum air zamzam merupakan tanda iman dan bebas daripada munafik ( kerana org munafik tidak mempercayai kelebihannya).

0 comments:

Post a Comment

About